Ruangan

Wednesday, June 16, 2010

Antara Artist dan Pengkarya

Ramai yang beranggapan penggunaan nama 'artist' ini hanyalah relevan untuk penyanyi atau pelakon saja.

Umum tidak mengetahui bahawa dibarat,panggilan artist ini hanyalah layak untuk diberikan kepada mereka yang hanya dikenali sebagai penggiat seni sahaja.Sebelum abad ke-20 lagi, istilah seniman atau 'artist' sering dikaitkan dengan mereka yang bekerja dalam bidang seni seperti pelukis, pengarca atau pencetak.

Hakikatnya,ia bukan disebut sebagai pengarca atau pencetak dlm seni cetak seperti yang digunakan pada hari ini. Ini kerana mereka hanya meletakkan nama 'artist' khusus untuk pengkarya sahaja,dan bukannya penghibur seperti mana pelakon atau penyanyi.

Dibarat pula,pelakon dan penyanyi lelaki adalah actor dan singer,manakala pelakon dan penyanyi wanita adalah actress dan singers.Ahli falsafah berpendapat penghibur atau pelakon tidak boleh dianggap sebagai pengamal seni atau 'artist' kerana tugas mereka bukanlah seperti penggiat seni yang sebenar.

Maskot Haiwan Mewakili Negara FIFA 2010




Hari tu sy berfikir tentang perlawanan bolasepak FIFA.. Hebat jugak, fikir hatiku. Lalu sy mendapat sebuah idea untuk menghasilkan sebuah lukisan yang memaparkan binatang-binatang dan haiwan di Africa untuk mewakili negara dlm acara bolasepak tersebut.Sy melukis singa yang dimaksudkan dengan tuan rumah iaitu Afrika selatan dan lembu jantan sebagai melambangkan negara Mexico yang gemar terhadap sukan yang melibatkan lembu.Sebelum itu sy jgk mencari-cari di internet tentang lambang haiwan bagi setiap negara macam iklan di TV3 tu,tapi tak jumpa,yang sy ingat ialah Brazil adalah lambang untuk jaguar, Scotland untuk Bulldog ,Uruguay kuda dan yang lain sy tak berapa nak ingat.Yang ada di internet hanyalah maskot Zakumi,iaitu maskot kiut miut singa kecik untuk FIFA 2010 nih...Jadi jika ada sesapa yg dpt gambar tersebut,silalah mghubungi sy ya..

Kesenian ini..

Salam 1 Malaysia,

Untuk pengetahuan semua, blog ini direka khas buat mereka yang meminati seni tetapi tidak tahu apa itu seni, juga untuk mereka meminati seni sekadar suka-suka dan juga buat mereka yang meminati seni dan tahu apa itu seni secara mendalam. Blog ini juga direka untuk berbagai kemudahan seni untuk anda. Disini ada disertakan rujukan, pengetahuan dan bahan seni untuk mereka yang baru untuk memulakan seni. Untuk yang telah lama berkecimpung dalam bidang seni pula, ruangan ini akan dikongsi bersama untuk peningkatan dan mutu penambahbaikan. Semoga anda semua mendapat manfaat daripada usaha kecil saya ini. Kepada murid-murid saya sekalian, ini adalah rujukan buat kamu semua.wassalam.
Salam 1 Malaysia,

Untuk pengetahuan semua, blog ini direka khas buat mereka yang meminati seni tetapi tidak tahu apa itu seni, juga untuk mereka meminati seni sekadar suka-suka dan juga buat mereka yang meminati seni dan tahu apa itu seni secara mendalam. Blog ini juga direka untuk berbagai kemudahan seni untuk anda. Disini ada disertakan rujukan, pengetahuan dan bahan seni untuk mereka yang baru untuk memulakan seni. Untuk yang telah lama berkecimpung dalam bidang seni pula, ruangan ini akan dikongsi bersama untuk peningkatan dan mutu penambahbaikan. Semoga anda semua mendapat manfaat daripada usaha kecil saya ini. Kepada murid-murid saya sekalian, ini adalah rujukan buat kamu semua.wassalam.

Pengenalan & Sejarah Seni

Ringkasan Sejarah Seni

Seni Purba atau seni kuno bermula ketika tamadun purba mengembangkan bentuk bahasa bertulis. Tradisi besar dalam seni rupa mempunyai asas dalam seni salah satu daripada enam peradaban kuno besar: Mesir Purba, Mesopotamia, Greek, Rom, India, dan China. Masing-masing mempunyai pusat tamadun awal mengembangkan gaya yang unik dan khas dalam seni mereka. Kerana kepakaran dan intelektual peradaban ini, karya seni mereka yang dapat bertahan dan dihantar ke budaya lain untuk mengembangkan lagi pengaruh mereka.

Sejarah seni visual pula merujuk pada sejarah seni rupa lukisan, patung arca dan binaan. Istilah ini kadangkala merangkumi teori serta konsep elemen seni, prinsip seni serta termasuk estetika. Dalam encyclopedia, sejarah seni adalah usaha untuk kajian seni sepanjang sejarah manusia, mengelompokkan budaya dan masa dengan ciri khas mereka. Hal ini dilakukan oleh pengkaji seni dengan tujuan mengumpul hasil maklumat yang boleh dipercayai serta relevan dengan tahap ketemadunan. Sejarah seni visual bermula dalam sebuah gua di Barat Sepanyol dan Selatan Perancis sekitar tahun 1800s.m. Terdapat banyak lukisan yang dilukis oleh orang zaman paleolitik ketika itu termasuklah lembu, rusa dan kuda sebagai lambang hasil perburuan mereka. Lukisan mereka dikenali sebagai lukisan catan batu gua, yang menggunakan pewarna terbaik dari sungai dan lumpur serta dilitupi dengan sejenis garam tahan mendap yang nampak berkilat. Begitulah lukisan tersebut telah 'dibekukan' sejak sekian lamanya dan masih baik sehingga kini. Malah, sewaktu lukisan ini dijumpai,tidak ada sebarang kecacatan pun yang terdapat pada dinding tempat lukisan berkenaan. Antara hasil yang dipersembahkan ialah aktiviti manusia memburu, bercucuk tanam, gambar hidupan liar, tujuan merekod haiwan ternakan dan sebagai penghias dinding.
Bidang "sejarah seni" dikembangkan di Barat, iaitu banyak menjurus kearah seni arca.Dan pada awalnya dikendalikan secara berperingkat dengan sejarah seni Eropah. Secara umumnya, selama abad kedua puluh, ianya adalah untuk merekod kegiatan seni ketemadunan ini lebih luas . Ianya diperluas meliputi masyarakat dari seluruh dunia, tentang kegiatan seni yang berlaku dan biasanya cuba untuk menganalisis artifak dan juga dalam hal nilai-nilai budaya serta estetika. Dengan demikian, sejarah seni sekarang dilihat merangkumi semua faktor seni visual, dari patung berbentuk wanita iaitu venus of Willendorf di Eropah Barat kepada patung askar dan sira-sira istana berukiran tangan sejumlah berpuluh ribu dari Dinasti Tang di China. Sejarah seni arca sering diceritakan sebagai suatu kronologi karya yang dibuat dalam setiap tamadun di dunia. Dengan demikian dapat dibingkai sebagai kisah ketemadunan sosiologi budaya yang tinggi. Semakin dekat sejarawan seni bergerak besar kemungkinan mereka akan mengenalpasti menyemak kerja mereka sebagai budaya visual , atau sebagai sumbangan untuk bidang yang berkaitan dengan sejarah seni, seperti antropologi atau arkeologi . Dalam hal ini, benda seni yang dijumpai dapat disebut sebagai artifak arkeologi seni. Ini dapat dibuktikan dengan sebuah arca yang hebat oleh pengukir Michaelangelo bertajuk Laocoon memaparkan elemen-elemen cemas dan pergelutan dewa Zeus yang hebat bersama anak-anaknya.

Peradaban seni yang wujud pertama kalinya di Barat bermula dengan seni prasejarah seperti Stonehenge, dan beralih dengan Mesopotamia, kemudian berkembang menjadi seni Mesir purba, lalu beralih kepada kuno klasik termasuk seni klasik Greek dan Roman Rom. Dengan penurunan Empayar Rom, percampuran antara seni Zaman Pertengahan yang berlangsung selama seribu tahun menjadikannya sebagai satu budaya intelektual yang tinggi tempoh Zaman Pertengahan yang dikuasai oleh peradaban Islam, namun era itu juga termasuk seni Kristian awal, seni Byzantium, seni Gothic, seni Anglo-Saxon, dan melalui juga seni Viking. Era Zaman Pertengahan berakhir dengan Pembaharuan, diikuti oleh Baroque dan Rococo. Pada masa yang sama, Mannerisme dimasukkan antara Renaissance dan Baroque, yang merupakan penggabungan seni visual yang berlaku pada abad ke-16sm. Abad ke-18 dan ke-19 merujuk kepada Neoclassicism, seni Romantis dan seni Realisme.Begitu juga dengan pertengahan abad ke-18 dengan seniman Francisco Goya, pertengahan abad ke-19 dengan revolusi industri atau dengan munculnya Impresionisme. Gerakan seni abad ke-19 terlalu banyak untuk dinyatakan serta diperincikan di sini, tapi dapat dibahagi menjadi dua kategori: Modenisme dan seni kontemporari. Seni ini kadang-kadang disebut dengan istilah lain, yang mempunyai fahamannya yang tersendiri, iaitu seni post-modern.
Seni post-modern adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan sebuah gerakan seni yang dianggap bertentangan dengan beberapa aspek modernisme, muncul atau dibangunkan terus melalui aspek modenisasi. Secara umum, gerakan seperti media art, installation art, seni konseptual dan Multimedia, khususnya yang melibatkan video yang disebut sebagai postmodern.Postmodernisme juga adalah kecenderungan dalam

Sebuah catan oleh Jonas Burgert bertajuk Second Day Nothing dipamerkan di Denver Museum of Contemporary Art

budaya kontemporari kepada penolakan terhadap kebenaran objektif dan sosio budaya global. Hal ini menekankan peranan bahasa, hubungan kekuasaan, dan motivasi, khususnya penggunaan klasifikasi tajam seperti jantan dan betina,hitam berlawanan dengan putih, dan gelap dengan terang. Postmodernisme telah mempengaruhi banyak bidang budaya, termasuk sastera, sosiologi, linguistik, arkitektur, seni visual, dan persembahan muzik. Istilah "Postmodernisme" berasal dari penolakan dari mentaliti gaya bahasa dan budaya. Gerakan-gerakan ini, seperti Modenisme dan Postmodernisme, difahami sebagai budaya atau sebagai kumpulan perspektif. "Postmodernisme" digunakan dalam teori kritis untuk merujuk ke titik berlepas dalam tafsiran undang-undang, budaya, dan agama di akhir abad ke-20 dan awal abad ke-21.Postmodernisme, terutama sebagai gerakan akademik, dapat difahami sebagai reaksi terhadap Modenisme dalam Kemanusiaan. Sedangkan Modenisme sering dikaitkan dengan identiti dan kepastian, Postmodernisme sering dikaitkan dengan perbezaan, pluralitas, alteritas, dan skeptis. Fredric Jameson, sebuah teori Amerika terkemuka postmodern dengan orientasi Neo-Marxisme, menjelaskan Postmodernisme sebagai logik "budaya dominan kapitalisme akhir." "Kapitalisme Akhir" merujuk kepada bergerak dalam suatu estetika, politik, falsafah, dan ekonomi dunia yang seimbang.

*Susunan ayat kurang memberangsangkan kerana diterjemah ke dalam Bahasa Melayu dari buku Inggeris.

Pendidikan Seni Visual KBSR

OBJEKTIF

1. Mempelajari mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dengan penuh minat.
2. Mendalami dan menghayati keindahan Seni Visual.
3. Memupuk minat sedia ada supaya kreatif dalam penghasilan seni.
4. Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman seni visual secara teori dan praktikal.
5. Melahirkan semangat cintakan seni visual.

Ada Empat bidang kategori dalam Pendidikan Seni Visual iaitu:
1. Menggambar
2. Membuat Corak dan Rekaan
3. Membentuk dan Membuat Binaan
4. Mengenal Kraf Tradisional

MENGGAMBAR

Menggambar ialah menghasilkan satu bentuk lukisan 2D yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Teknik menggambar terbahagi kepada:

1. Lukisan
2. Stensil
3. Catan
4. Percikan
5. Kolaj
6. Gurisan
7. Montaj
8. Capan
9. Cetakan
10. Mozek
11. Resis
12. Poster
13. Gosokan

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan boleh dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Contoh wau adalah satu penggabungan yang menggunakan corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan juga mengenal kraf tradisional.

Corak tidak terancang
1. Pualaman
2. Tiupan
3. Titisan
4. Ikatan dan Celupan
5. Renjisan dan Percikan

Corak terancang:
1. Lukisan
2. Catan
3. Cetakan
4. Capan
5. Lipatan dan guntingan
6. Resis
7. Kolaj
8.Kaligrafi

MEMBENTUK DAN MEMBINA

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk 3D, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model.Bidang kegiatan membentuk dan membina juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni.

1. Arca Timbul
2. Assemblaj
3. Mobail
4. Stabail
5. Model
6. Diorama
7. Boneka
8. Topeng
9. Origami

MENGENAL KRAF TRADIASIONAL

Kraf tradisional boleh didefinasikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun- temurun.

1. Alat domestik
2. Alat permainan
3. Alat pertahanan diri
4. Perhiasan diri
5. Batik
6. Tekat
7. Ukiran
8. Tenunan
9. Anyaman
10. Tembikar

Menghasilkan Wau Merak




PROSES-PROSES DALAM MEMBUAT WAU MERAK


Proses pertama iaitu mencari buluh.Mencari buluh bukanlah merumitkan. Buluh mestilah adalah buluh yang kering dan telah ditebang serta disimpan buat sekian lamanya. Ada yang berpendapat tempoh yang paling bagus untuk menyimpan buluh adalah satu bulan setelah ditebang.

Buluh boleh juga dibeli di kedai-kedai yang mengusahakan buluh contohnya kedai perabot atau kedai-kedai hardware yang menjual buluh untuk mengampai baju.
Setelah membersihkan buluh itu tadi denganmenggunakan kertas pasir,maka buluh pun dibelah kepada bahagian-bahagian kecil untuk proses meraut. Untuk membahagi kepada bahagian demi bahagian yang lebih besar hendaklah menggunakan parang. Akan tetapi jika mahu membahagikan kepada yang lebih kecil hendaklah menggunakan pisau belati.

Buluh yang telah siap dipotong akan diasingkan dan ditentukan bahagian mana yang akan dijadikan tulang belakang dan bahagian mana yang akan menjadi sayap.
Proses seterusnya adalah memotong perdu buluh dan meratakannya bagi memudahkan proses untuk meraut buluh.Jika buluh yang dikeringkan selama seminggu , perdunya mudah dipotong berbanding buluh yang telah disimpan untuk sebulan.
Seterusnya adalah proses meraut buluh. Meraut buluh memerlukan kain jeans sebagai pengalas peha, pisau tajam dan sarung tangan kain.Caranya adalah seperti ini, letak buluh di peha, tekan pisau dan hanya gerakkan buluh untuk meraut. Proses ini sukar jika seseorang tiada pengalaman untuk melakukannya sebelum ini.

Proses meraut perlu dilakukan dengan berhati-hati agar buluh tidak terlebih dipotong atau terpatah semasa diraut. Langkah seterusnya, setelah selesai meraut, buluh diukur bagi mengimbangi sama panjang bagi membuat sayap buluh. Sayap buluh hendaklah sama panjang bagi membuat ukuran melentur.Setelah itu, proses mengikat sayap buluh pun dilakukan. Penggunaan tali nilon halus berwarna putih biasa digunakan oleh pembuat-pembuat wau dikebanyakan tempat.

Setelah dicantum kedua-dua trangka sayap,maka seterusnya adalah menyantumkan sayap pada tulang belakang wau. Maka hasilnya adalah kelihatan seperti ini.Wau yang baik, jika sayap kedua-duanya dicantumkan akan melentur dengan seimbang dan sama panjang.Pada sayap wau juga amat sesuai dibuat takik untuk membuatkan ia lebih stabil. Buat tali yang meregangkan ia bersama-sama dengan tali di tengah-tengah sayap itu tadi.

Buat keseluruhan empat tali untuk menyokong badan atau sayap wau itu. Keseimbangan amatlah diperlukan agar tali tidak terlalu berselirat atau tidak kemas.
Hasilnya adalah rangka Wau Merak yang tampak sempurna. Pada setiap ikatan diletakkan gam putih agar lebih menguatkan lagi ikatan wau tersebut.

Untuk ekor Wau Merak,lentingan pada bahagian bawah adalah sangat penting untuk menunjukkan bahawa wau ini tidak sama dengan wau helang atau Wau Kenyalang dimana wau-wau tersebut pada bahagian ekornya adalah rata dan tidak memlentik seperti gambar dibawah. Caranya iaitu dengan menggunakan lighter, bakar bilah buluh di bahagian bawah ekor wau merak tersebut hingga lentik. Maka hasilnya adalah seperti lentingan pada kedua-dua bilah ekor wau.

Seterusnya adalah proses menyobek wau.Proses ini memerlukan ketekunan dan ketelitian. Proses menyobek wau biasanya memakan masa selama sehari suntuk mengikut ketelitian seseorang.Proses menyobek biasanya dilakukan menggunakan pisau khas iaitu mata yang tajam dan runcing.Kadangkala ada juga menggunakan pisau yang batangnya seperti pen.Apapun pisau yang digunakan,pisau itu mestilah tajam dan tidak berkarat.

Proses ini juga amat rumit kerana kita perlu memotong sebanyak empat lapisan dengan kemas dan jika dipertandingkan,juru markah akan menilai kekemasan pada setiap potongan serta kreatf mencipta corak Apabila telah selesai menyobek, kita dapat lihat hasilnya apabila dibuka keempat-empat belah bahagian kertas warna itu .Setelah itu,mula menghias dengan warna-warna dari kertas warna lain di belakang wau dengan menutupi bahagian-bahagian yang dikehendakinya saja.Contohnya warna daun diletak hijau dan lada hitam diletak ungu.

Bahagian ekor pula dibuat proses yang sama sepertimana bahagian badan wau. Bezanya badan wau perlu dilipat empat. Tetapi bahagian ekor pula hanya dilipat dua sahaja. Proses yang sama dilakukan juga serupa dengan proses menyobek serta menampal seperti di badan wau.

Seni Rupa dan Seni Reka

SENI RUPA

Seni Rupa atau Seni visual adalah satu bentuk asas seni untuk menghasilkan karya yang berbentuk pemerhatian melalui penglihatan dan perasaan seperti menggambar, melukis, mewarna, melakar, mencetak dan mengguris serta mencorak. Definisi ini juga diistilahkan sebagai seni yang berkonsepkan penekanan jiwa kerana banyak melibatkan elemen perasaan dalaman.

Seperti contoh karya-karya yang mempunyai jiwa tersendiri seperti abstrak dan graffiti. Karya abstrak ini memperlihatkan jiwa sebenar seseorang pelukis. Walaupun berkonsepkan hanya penggunaan garisan dan ruang yang berseliratan, tetapi ianya mempunyai agenda dan nilai estetikanya yang tersendiri, yang hanya boleh difahami oleh orang yang menjiwainya termasuk pengkarya itu sendiri.

Manakala seni graffiti pula adalah seni yang tidak dikhususkan dalam bidang seni rupa,tetapi kerana ianya menjadi satu ikutan atau trend maka seni ini juga mempunyai nilainya yang tersendiri. Seni grafitti masih belum dirasmikan hingga kehari ini tetapi ianya juga diluahkan oleh pengkarya melalui satu perasaan dalaman yang meletus dengan penghasilan karya. Juga termasuk dalam seni visual adalah seni cetakan, catan, kaligrafi Islam , tulisan kanji dan corak seperti batik dan seni 'kolam' iaitu menghasilkan corak dengan menabur beras menjadi corak yang menarik oleh kaum India.

SENI REKA

Senireka pula adalah hasil dari terjemahan inovasi yang kreatif dalam bentuk karya yang boleh dikomersilkan. Seperti yang kita sedia maklum, penggunaan istilah senireka ini termasuklah seni rekaan dan seni penghasilan yang diterapkan melalui nilai komersial iaitu senireka grafik komputer, seni tekstil, rekabentuk produk seperti reka bentuk industri, fesyen, hiasan dalaman dan juga seni binaan.Seni Reka adalah terhasil dari pengilhaman seseorang pengkarya atau pereka untuk memanifestasikan sesuatu produk menjadi satu keperluan oleh seisi rumah. Selain kreativiti, inovasi juga diperlukan oleh seseorang pereka untuk memberi cantuman kekuatan pada produk yang dihasilkan.

Seseorang pereka yang baik haruslah sensitif pada apa yang sangat diperlukan oleh pengguna amnya. Hasil produk akan menjadi tarikan untuk pengguna menggunakan produk mereka samada bagus ataupun tidak relevan. Seseorang pereka juga harus memastikan produk yang mereka hasilkan itu mendapat kelulusan serta pengiktirafan oleh badan yang dapat meluluskan sesuatu keluaran sesebuah kilang atau industri itu. Ia mestilah tidak membahayakan pengguna dan tidak menyusahkan pengguna untuk menggunakannya.